30.5.17

Pulau Perhentian (18-21 May 2017)

First post untuk 2017 since aku memang malas tahap takde hati nak update blog. Ni pun update sebab sebelum ni kali pertama tak update, so second time ni kena la update.

Aku beli tiket online, masa ni niat beli saje-saje, konon nak belanja adik short vacation sebab dia score final exam semester 1 dia, a good sister i am? not really. Lagi satu, Air asia tengah murah. Aku beli tiket untuk dua orang return flight RM 158.00 (not include luggage) tambah luggage dalam RM50 pergi balik 15kg. Turun dekat airport KB. **masa ni beli tiket kat office, Kak Ainil nampak so dia decide nak join, bawak adik dia, Bukhari.

Sebenarnya aku pilih untuk naik flight kejarkan tiket murah kononnya nak save bajet la apa, lepas revise balik sebenarnya sama je since turun airport KB, kena spent duit untuk guesthouse, airport transfer, tambah tolak baik naik bas je. Cumanya, ha cumanya naik bas lama, panas bontot tapi terus sampai jeti (naik bas ke besut kalau ada, kalau takde naik ke jertih driver bas tu still akan singgah besut). 

Aku mintak cuti dua hari sakan 18 & 19 May. Flight 5.15pm. Mencabarnya perjalanan aku kali ni sebab bawak adik. Yela adik kan, nak kena layan kerenah dia lagi, annoying dia lagi, semua kena simpan semata nak enjoy punya pasal. Bag tak sempat check in sebab lambat sangat 4.50pm baru nak check in. Burn duit luggage aku! Sampai KB dalam 6.30 la lebih kurang, naik grabcar pergi guesthouse. Btw Uber not available dekat sana. Sampai guesthouse kitorang memang decide nak rest tidur awal since esok nak berperang. 

**Btw kitorang stay dekat Ewan's Guesthouse RM80 satu malam family room satu kepala RM20 selesa la nak solat tidor mandi semua walaupun gigih dia lain macam. Boleh search dekat agoda booking trivago etc. 

Pagi pukul 7 bersamaan 19hb kitorang dah standby nak gerak, hajat nak singgah Pasar Siti Khadijah. Pasar tu bukak pkl 7 tapi kalau dtg pkl 7 memang takde apa. Makcik2 dekat situ tengah kemas lagi. Tapi kalau jenis macam aku tak pernah jejak boleh la jejak selfie2 sikit ke. Pkl 9 kitorang ambik grab ke jeti kuala besut. Kalau naik kereta boleh sampai dalam sejam tapi masa tu jalan sibuk sikit so sampai dalam 10.30am. Pakcik bot dah tunggu, so senang. 

Depan Pasar Siti Khadijah
Untuk trip kalini kitorang ambik pakej dekat Kg Nelayan tau nama glamor setelah di translate, Fisherman Village. Under  Kak da & Suami Alhamdulillah berpuas hati & paling penting lancar. Sampai Kg Nelayan kitorang terus lunch and Johan Bukhari solat jumaat. Kg Nelayan ni untuk pengetahuan memang kampung. Ada sekolah, balai polis, masjid besar. So basically memang kampung la. Senang, makan pun murah compare dengan makan kat perhentian kecil/besar/long beach.(3 lauk termasuk air dalam RM10-RM12).

**Pakej Kak Da RM 200.00 untuk penginapan, tiket bot, windmill & snorkeling. Sekarang mungkin dah naik sikit. Sikit.

Jernih kan? Terharu tengok!


Acah retis jap.

Kg Nelayan ni pantai dia memang jarang ada orang mandi, tapi kalau nak mandi boleh je. Cuma bot banyak lah kat tepi-tepi tu. Tapi air dia memang jernih gila ok! Dalam 3.30 Abg Din (Suami Kakda bawak kitorang pergi windmill). Windmill ni kalau korang first time, tempat ni wajib ada dalam pakej! Sebab kalau takde memang rugi. Memang penat hiking, cuma view dia memang luar biasa. Sekali seumur hidup jadi la. Aku kalau nak naik lagi memang ampun la. Never. By the way tangga yang banyak2 dalam google dekat windmill tu dah tak boleh naik, memang kena hiking kalau nak sampai atas. 

Nangis rindu tengok gambar ni.




Give up dengan hidup tapi apakan daya, hidup mesti diteruskan.

Pancit kau. Gila. Tapi kalau yang dah sampai broga tu kalau nak hiking ni memang pejam mata pun boleh. 20 minit macamtu hiking. Sooooo petang and malam  free activity tapi kitorang gigal nak mandi dekat pantai celah2 bot, so mandi la. Layankan je. 

Esoknya 20hb dalam pukul 11 start snorkeling. Pakej yang kitorang ambik dah include snorkeling with 4 checkpoint. Turtle, shark, fish & romantic beach. Turtle & shark point aku tak turun. Panik. Kah kah kah sekarang bila ingat balik menyesal, gelakkan diri sendiri. Apa benda entah yang nak takut. Alhamdulillah fish point & romantic beach dapat turun tanpa pelampung ok! Bangga sikit since last trip snorkeling pakai pelampung. Malu tapi tu tak penting, yang penting tak bazir duit kakaka. 

Team snorkeling kitorang dekat Romantic Beach!


Thanks Abg Din & Kak Da!

Seorang Adlin yang mengantuk duduk dalam air. 


Habis snorkeling Abg Din bagi choice samada nak balik chalet atau nak ikut pergi Long Beach since dia nak bawak lagi satu team yang snorkeling dengan kitorang ke windmill. So kitorang pun decide nak lepak Long Beach cuci mata mandi2 sikit. Dalam 6.30pm baru balik chalet. 

So basically tu jela. Free activity tak buat apa dah, makan, lepak bilik. Yelah letih kan nak buat mende lagi?Malam kemas2 nak balik since bot pagi pkl 8. Dah, bye.