30.11.16

19/11/2016 - Congrats Pika & suami



Congrats Pika for being the first person to get married within the E’s. Alhamdulillah In shaa Allah ramai yang menyusul bila dah ada yang rasmikan. Gotta meet them after awhile. Masing-masing busy so bila lagi nak meet up kalau tak attend wedding kan? 

SO, nah.









Aku cukup malas nak buat karangan sekarang ni. Kalau buat ni silap-silap boleh tertidur depan pc ni karang. Bye

28.11.16

#Throwback: 3 & 4 Mei 2016 (Graduation Day)

Since everyone are posting  a photo with a convocation robe on so here we go. Cuti approved 2 days, 3 May & 4 May. 

Awal pagi aku gerak rumah Iqhreen, like usual. Memang dia je yang aku ada. Love you, Iqh. Kitorang je set set independent pergi convo tanpa parents. Sebak la jugak tapi bila fikir malam parents akan gerak ke Melaka so tak payah la nak acah acah sebak sangat. Kah kah. Bukan taknak gerak sekali, aku nak memudahkan. Since aku kena dtg pagi gila, untuk ambik jubah, untuk rehearsal, so aku takkan la nak angkut parents aku mana aku pergi. Since opah & atok aku pun follow, tu yang terbaik aku boleh fikir. 

Ambik jubah, yang serabut gila beratur kemain panjang, rehearsal yang ciput je orang datang. Kita punya eksaited datang nak rehearsal sebab first time convo lah katakan. Kah ka. Habis rehearsal photoshoot kejap dengan bantuan adik Teha. Thanks adik Teha!  


And yes!! Tu yang kita mahu! Sekejap je masa. Rasa tak puas nak sama-sama dengan diorang ni. Macam banyak sangat masa aku bazirkan dekat benda lain. Well, nak menyesal pun tak guna dah. At least aku belajar benda lain, alami benda lain yang orang lain tak alami. Lepas photoshoot bagai nak rak, lompat-lompat apa semua, kitorang ke Bandar untuk celebrate last meeting dengan Miss Rozaiha. 

 Taraaaaaaa! Tapi masa ni Miss tak datang lagi kah kah. 

Lepas makan jejak kasih semua lepak-lepak, balik bilik. Oh yes, aku dengan iqhreen share duit stay hotel. Yes we have to. Memang kitorang plan untuk stay hotel. Parents aku datang malam, Iqhreen pun. Sebab tau esok pagi kena gerak awal berkumpul awal. So diorang boleh rileks tak payah rushing since turn aku naiuk stage pun lambat lagi. 

   With the help of Mimi's polaroid!

 And yes esok paginya gerak awal gila. Kah kah alhamdulillah everythings went well. Thanks for those whos there during my journey while completing my degree. Whoever and wherever you are, thanks for everything! So nah, 









4/11/2016 - Welcoming a Sarawakian

Hi, Good day. 
It's been a week since my brother coming home from Mukah, Sarawak. I can call him a Sarawakian now since he lived there for almost 4 months, can understand and converse in their language very well. Kinda impressive. Never thought he could make it there. rindu la, homesick la, risau la. He thinks a lot for that age. Dia nak risau apa? He could enjoy as much as he want since he lived far away from home, especially from Mama & Ayah. Somehow i feel grateful he is accepted at UiTM Mukah, he gotta learn something there. Learn to be independent & a wise man. I never say he couldn't learn anything somewhere else, It's just that i think that place is better for him & suits him the most. (Since no entertainment center there, yang ada pun cuma pantai)
Okay since he is home, we decided to celebrate every week by treating him for lunch/dinner etc. Dia punya havoc macam la dah grad! Cis! Baru 1st sem! So this week we have a 'seoul garden time' for lunch duduk situ sampai la petang, and malam karaoke macam biasa dekat Orange mic, Klang. It's been a while! Sejak dia blah mana ada karok dah family. Every time nak ajak keluar mesti ada bunyik like we have to wait that one son to come home, like hmm. Okay. Masa ni la nak release everything that have been stuck for months! Ok gambar ni je ada. Pardon my selekeh-ness. 
 

19-22/8 2016 - Padang & Bukit Tinggi



Disebabkan aku malas nak buat entry banyak2 sebab nanti hilang mood (Macam trip langkawi yang sampai sudah aku tak update part 2) so aku decide nak buat dalam satu entry je. Mungkin panjang sikit dari biasa, so bear with it. 

DAY 1.

Dalam pukul 2pg pagi aku mintak ayah & mama hantar pergi Klia2. Paling kurang pukul 4 kena kumpul dekat sana. Bila semua dah ada, check in bag dan sebagainya, breakfast then boarding. Oh ya, flight pukul 7.50am tau. Awal kan? Tu la, excited nak buat cemana. Sampai dekat sana 8am, sharp. Alhamdulillah safely landed. Untuk trip ni kitorang just ambik pakej dari Kembara Murni Travel & Tours. 





Sebelum gerak ke Bukit Tinggi, kitorang singgah breakfast dulu, aku tak ingat nama kedai dia. Tapi mcam foodcourt la lebih kurang. Lamun Ombak tak silap. Ke bukan? Entah. Ombak2 la tapinya. Aku pesan roti canai. Kekononnya nak la rasa roti canai Indonesia macam mana kan. Taraaaa. Sedap. Roti dia tak macam dekat Malaysia pun. Keras keras crispy gitu. Pastu kari dia pekat boleh terasa kat tekak lepas minum air berapa banyak pun. Tak percaya sudah.



Buat pengetahuan kitorang tak terus check in tau. Otw nak ke Bukit Tinggi tu tour guide tu bawak kitorang round dulu sebelum check in. Banyak sangat tempat dia bawak, nak ingat nama memang tak. First stop kitorang dekat Lembah Anai waterfall. Jangan salah paham, waterfall ni nak mandi memang tak boleh. Setakat nak cecah air boleh la sejuk sejukkan kaki. Nak mandi memang tak. Sebab dia betul2 tepi jalan. Mampu selfie je. Tapi cuaca sedap ah, sejuk. Memang sejuk tapi takde la beku k?

Takde orang mandi pun.
 Lepas tu tour guide tu bawak kitorang ke Information Centre of Minangkabau. Kat sini dia cerita sejarah Minangkabau la. Aku nak cerita satu2 memang tak habis. Lagipun aku bukan dengar sangat. Mengantuk macam apa. 




Next start pengembaraan kitorang menghabiskan duit. Aku seriously tak bawak banyak pun. 1.3j je mampu. (Extra tips: Spare duit Malaysia sikit since some of them accept RM) Tu pun rasa berat je nak tukar duit kakakaka. Masa tu dapat tukar RM 310=1 Juta. Aku suggest korang survey banyak sikit tempat. Tapi selalunya yang paling murah dekat PKNS. Pandai2 korang la. Berapa banyak tempat tour guide tu bawak aku tak kira, tapi yang aku ingat lebih dari 5? Kot? Masa ni la korang nak borong telekung, kain sulam, batik dan sebagainya. Dan lepas berapa banyak kedai korang pergi berapa banyak kali jugak la korang akan menyesal sebab, kedai yang seterusnya might sell something cheaper dari kedai sebelumnya. Serious talk! Ok tang shopping takde gambar. Mana ada orang shopping ambil selfie kan?

Lunch mesti lah Nasi Padang.


Pandai Sikek Village ni tempat songket. Tepi tu ada sawah kecik, Sempat la selfie.

Kitorang check in dekat maghrib macam tu. Malam free activity. Oh ya, dekat Bukjit Tinggi kitorang stay dekat Kharisma hotel. Okay sangat. Lawo. Semua dah diuruskan oleh travel agency. Dia bagi choice hotel yang bersesuaian dengan bajet dan kitorang pilih.




DAY 2.


Hari kedua lepas breakfast kitorang terus gerak, abang tu bawak kitorang pergi Embun Pagi. Aku tak sure sama ada nama dia  tu memang nama dia, atau nama tu diberi sempena cuaca tempat tu. Memang sejuk macam apa. Even ada matahari pun still sejuk. Kat situ yang bestnya ada café. Boleh minum apa semua. Memang lawa sambil2 minum and menikmati alam semula jadi. Feeling dia lain weh. Tapi aku tak minum pun, Cuma sempat la bedal aiskrim dua jenis. Magnum limited edition & aiskrim biskut dia. Saje je sebenarnya, kekonon nak rasa aiskrim indonesia padahal takde lain mana pun. Tu la namanya, gatal. 

Ni dekat cafe Embun Pagi tu.


And then kitorang gerak ke Tasik Maninjau. Tasik maninjau ni dia ada 44 kelok, jalan macam genting tu la. Sebenarnya aku tak pernah pergi genting tapi lebih kurang gitu la. Jenis selekoh maut punya. Orang sana panggil kelok. Tapi sebab keadaan tak mengizinkan, transport tak sesuai, so kitorang sampai kelok 20 something je. Tapi still Nampak tasiknya ok? Lawo beb. 


Tasik Maninjau.
Jalan kat sana boleh kata sesak la jugak. Crowded, orang ramai satu, kenderaan banyak satu. So perjalanan ambil masa jugak la. Sebab tu tengok macam tak banyak aktiviti yang kitorang dapat buat & pergi. Masa terhad and terpaksa skip certain place. So banyak masa dihabiskan dalam bas, which aku comfirm2 akan tido. Lepas lunch kitorang gerak ke Istana Pagaruyung. Istana ni memang real Istana k Bukan Istana tipu2 ke apa. Ada 3 tingkat & memang besar.  





Lepastu abang tu bawak lagi kitorang shopping. Kat sini aku cakap kat korang, memang banyak sangat tempat/kedai jual kain. And basically jual barang yang sama. Kain sulam, telekung, kain batik. Sevinier pun sama setiap kedai. Sebab tu harga kalau bertuah dapat la lebih murah. Nasihat aku, selagi korang boleh tawar menawar tu tawar menawar la sampai dapat harga korang nak.

Petang kitorang pergi jam gadang & pasar atas. Pasar atas ni macam pasar payang je. Dekat luar dia ada macam uptown gitu la. Orang jual2. Dekat sini pun murah macam apa. Monopod 20000rp je bersamaan RM6. Abang tu nak jual 26000, sempat mintak kurang dapat la 20000. Kat sini korang jangan pelik, memang ramai orang jual monopod. Pandai betul diorang berniaga. Semua orang kebanyak pergi Jam Gadang ni mesti nak tangkap gambor dengan jam gadang tu. Dia macam ada park la kat situ. Boleh lepak2, and ada orang jual street food. Lebih kurang macam tu la. Then Then kitorang balik hotel, lepas dinner abang tu bawak tengok tarian traditional Minangkabau. Macam tengok live show wayang kulit tu la lebih kurang.




DAY 3.
Lepas breakfast as usual, terus check out and pergi beberapa tempat sebelum pergi Padang. So hari ketiga ni kitorang pergi Lobang Jepang. Nak sejarah Lobang Jepang ni lorang boleh google k? Lunch, balik Padang and sampai dekat Padang kitorang pergi Pantai Air Manis yang popular dengan Monumen Si Tanggang. Aku malas nak cakap banyak dah sebab letih menaip. Kakakakkaka sorry.





Petang kitorang check in Hotel Hayam Wuruk. 1 malam je. Ni pun dah masuk pakej travel agent. Malam free time so kitorang keluar jalan area situ jela since esok dah nak balik abang tour guide tu kasi free activity. Kitorang decide kekonon nak carik street food la tapi tak jumpa. Sedih. Sudahnya lepak hipster café. Kakakakaka. Engko ingat Malaysia je ada hispster café?




DAY 4.

Breakfast, singgah kat tepi laut selfie2 then gerak airport. Alhamdulillah even ada tempat tak pergi kira well spent jugak la. Duit pun cukup. Tapi aku suggest kalau korang kjaki shopping bawak le duit lebih sikit. Sebab barang kat sana memang murah. Tak tipu. Ok bye. 



28/2/2016 - Happy Birthday, Ayu!

4 years & still counting, happy birthday Ayu. Wish you a good days undertaking, kesihatan yang baik, rezeki yang melimpah, kejayaan yang berganda ganda. Sorry tak boleh ada dengan kau celebrate sekali. Owe you a present, remind me! 😊

Thanks ada dengan aku sepanjang 4 tahun, mentally. Faham aku, nasihatkan aku, ingatkan aku. Even theres a day yang aku terasa dgn kau or like 'kenapa ayu mcmni', ada masa aku tak boleh faham kau. Never know we made this far tanpa ada salah faham/gaduh. Bagi aku lah, kalau ada sorry la kakakaka. Love you, Ayu!
Btw Ayu, jam tu bila aku dah betul2 move on tanpa secebis perasaan pun, baru bagi ya. Hope jam tu  masih sihat dgn kau. Amanah wehhhhhh! Hahahahahah. Bye, Ayu! 💋

11/11/2015 - Al Fatihah: Rahimah Binti Hamzah


Yes, masa ni aku tengah prepare untuk interview. Dengan ayah, dekat satu kedai mamak ni kononnya nak breakfast lah. And terima berita ni. Masa tu aku rasa nak menangis pun ada. Yelah, campur dengan nervous kau lagi, dengan sedih kau lagi, dengan risau kau lagi, plus at that time kau tau kau tak boleh nak buat apa-apa. And kau end up sedar-sedar mata kau dah bergenang air mata tinggal nak meleleh je.

Tapi masa tu aku gigihkan jugak la reply. Sebab aku rasa aku perlu reply despite masa tu nervous interview ke apa. But saddest thing is.... this.


Whatever it is, be strong Umai. InsyaAllah Umi awak ditempatkan disisi-Nya, dan di kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Amin. Al-Fatihah.

14/10/2015 - Chillin'

Semenjak menjak duduk rumah ni tiap tiap minggu la chillingnya. Tiap tiap minggu cuti wajib keluar. Masa ni orang kata 'Quality Time' with family la kononnya. To be honest, aku dah lama tak rasa tenangnya bila bersama keluarga. Alhamdulillah untuk setiap dugaan yang datang tu still boleh buat kitorang duduk setable makan borak-borak. Selesa dia tu buat korang akan rasa bersyukur teramat sangat., To be there. Betul lah orang kata, setiap perkara yang datang tu, setiap perkara yang terjadi Allah dah susun cantik. Kita tinggal nak hadap je. Tu pun masih mengeluh. Astaghfirullah, So Alhamdulillah untuk setiap ketenangan, kebahagiaan, kegembiraan, rezeki yang Engkau kirim. Im blessed.