Disebabkan aku malas nak buat entry banyak2 sebab nanti
hilang mood (Macam trip langkawi yang sampai sudah aku tak update part 2) so
aku decide nak buat dalam satu entry je. Mungkin panjang sikit dari biasa, so
bear with it.
DAY 1.
Dalam pukul 2pg pagi aku mintak ayah & mama hantar pergi
Klia2. Paling kurang pukul 4 kena kumpul dekat sana. Bila semua dah ada, check
in bag dan sebagainya, breakfast then boarding. Oh ya, flight pukul 7.50am tau.
Awal kan? Tu la, excited nak buat cemana. Sampai dekat sana 8am, sharp.
Alhamdulillah safely landed. Untuk trip ni kitorang just ambik pakej dari
Kembara Murni Travel & Tours.
Sebelum gerak ke Bukit Tinggi, kitorang singgah breakfast
dulu, aku tak ingat nama kedai dia. Tapi mcam foodcourt la lebih kurang. Lamun
Ombak tak silap. Ke bukan? Entah. Ombak2 la tapinya. Aku pesan roti canai.
Kekononnya nak la rasa roti canai Indonesia macam mana kan. Taraaaa. Sedap. Roti
dia tak macam dekat Malaysia pun. Keras keras crispy gitu. Pastu kari dia pekat
boleh terasa kat tekak lepas minum air berapa banyak pun. Tak percaya sudah.
Buat pengetahuan kitorang tak terus check in tau. Otw nak ke
Bukit Tinggi tu tour guide tu bawak kitorang round dulu sebelum check in.
Banyak sangat tempat dia bawak, nak ingat nama memang tak. First stop kitorang
dekat Lembah Anai waterfall. Jangan salah paham, waterfall ni nak mandi memang
tak boleh. Setakat nak cecah air boleh la sejuk sejukkan kaki. Nak mandi memang
tak. Sebab dia betul2 tepi jalan. Mampu selfie je. Tapi cuaca sedap ah, sejuk.
Memang sejuk tapi takde la beku k?
Takde orang mandi pun. |
Lepas tu tour guide tu bawak kitorang ke Information Centre
of Minangkabau. Kat sini dia cerita sejarah Minangkabau la. Aku nak cerita
satu2 memang tak habis. Lagipun aku bukan dengar sangat. Mengantuk macam apa.
Next start pengembaraan kitorang menghabiskan duit. Aku
seriously tak bawak banyak pun. 1.3j je mampu. (Extra tips: Spare duit Malaysia
sikit since some of them accept RM) Tu pun rasa berat je nak tukar duit
kakakaka. Masa tu dapat tukar RM 310=1 Juta. Aku suggest korang survey banyak
sikit tempat. Tapi selalunya yang paling murah dekat PKNS. Pandai2 korang la.
Berapa banyak tempat tour guide tu bawak aku tak kira, tapi yang aku ingat
lebih dari 5? Kot? Masa ni la korang nak borong telekung, kain sulam, batik dan
sebagainya. Dan lepas berapa banyak kedai korang pergi berapa banyak kali jugak
la korang akan menyesal sebab, kedai yang seterusnya might sell something
cheaper dari kedai sebelumnya. Serious talk! Ok tang shopping takde gambar.
Mana ada orang shopping ambil selfie kan?
Lunch mesti lah Nasi Padang. |
Pandai Sikek Village ni tempat songket. Tepi tu ada sawah kecik, Sempat la selfie. |
Kitorang check in dekat maghrib macam tu. Malam free
activity. Oh ya, dekat Bukjit Tinggi kitorang stay dekat Kharisma hotel. Okay
sangat. Lawo. Semua dah diuruskan oleh travel agency. Dia bagi choice hotel
yang bersesuaian dengan bajet dan kitorang pilih.
DAY 2.
Hari kedua lepas breakfast kitorang terus gerak, abang tu
bawak kitorang pergi Embun Pagi. Aku tak sure sama ada nama dia tu memang nama dia, atau nama tu diberi
sempena cuaca tempat tu. Memang sejuk macam apa. Even ada matahari pun still
sejuk. Kat situ yang bestnya ada café. Boleh minum apa semua. Memang lawa
sambil2 minum and menikmati alam semula jadi. Feeling dia lain weh. Tapi aku
tak minum pun, Cuma sempat la bedal aiskrim dua jenis. Magnum limited edition
& aiskrim biskut dia. Saje je sebenarnya, kekonon nak rasa aiskrim indonesia
padahal takde lain mana pun. Tu la namanya, gatal.
And then kitorang gerak ke Tasik Maninjau. Tasik maninjau ni
dia ada 44 kelok, jalan macam genting tu la. Sebenarnya aku tak pernah pergi
genting tapi lebih kurang gitu la. Jenis selekoh maut punya. Orang sana panggil
kelok. Tapi sebab keadaan tak mengizinkan, transport tak sesuai, so kitorang
sampai kelok 20 something je. Tapi still Nampak tasiknya ok? Lawo beb.
Tasik Maninjau. |
Jalan kat sana boleh kata sesak la jugak. Crowded, orang
ramai satu, kenderaan banyak satu. So perjalanan ambil masa jugak la. Sebab tu
tengok macam tak banyak aktiviti yang kitorang dapat buat & pergi. Masa terhad
and terpaksa skip certain place. So banyak masa dihabiskan dalam bas, which aku
comfirm2 akan tido. Lepas lunch kitorang gerak ke Istana Pagaruyung. Istana ni
memang real Istana k Bukan Istana tipu2 ke apa. Ada 3 tingkat & memang
besar.
Lepastu abang tu bawak lagi kitorang shopping. Kat sini aku cakap kat korang, memang banyak sangat tempat/kedai jual kain. And basically jual barang yang sama. Kain sulam, telekung, kain batik. Sevinier pun sama setiap kedai. Sebab tu harga kalau bertuah dapat la lebih murah. Nasihat aku, selagi korang boleh tawar menawar tu
tawar menawar la sampai dapat harga korang nak.
Petang kitorang pergi jam gadang & pasar atas. Pasar
atas ni macam pasar payang je. Dekat luar dia ada macam uptown gitu la. Orang
jual2. Dekat sini pun murah macam apa. Monopod 20000rp je bersamaan RM6. Abang
tu nak jual 26000, sempat mintak kurang dapat la 20000. Kat sini korang jangan
pelik, memang ramai orang jual monopod. Pandai betul diorang berniaga. Semua
orang kebanyak pergi Jam Gadang ni mesti nak tangkap gambor dengan jam gadang
tu. Dia macam ada park la kat situ. Boleh lepak2, and ada orang jual street
food. Lebih kurang macam tu la. Then Then kitorang balik hotel, lepas dinner abang
tu bawak tengok tarian traditional Minangkabau. Macam tengok live show wayang
kulit tu la lebih kurang.
DAY 3.
Lepas breakfast as usual, terus check out and pergi beberapa
tempat sebelum pergi Padang. So hari ketiga ni kitorang pergi Lobang Jepang.
Nak sejarah Lobang Jepang ni lorang boleh google k? Lunch, balik Padang and
sampai dekat Padang kitorang pergi Pantai Air Manis yang popular dengan
Monumen Si Tanggang. Aku malas nak cakap banyak dah sebab letih menaip.
Kakakakkaka sorry.
Petang kitorang check in Hotel Hayam Wuruk. 1 malam je. Ni
pun dah masuk pakej travel agent. Malam free time so kitorang keluar jalan area
situ jela since esok dah nak balik abang tour guide tu kasi free activity.
Kitorang decide kekonon nak carik street food la tapi tak jumpa. Sedih. Sudahnya
lepak hipster café. Kakakakaka. Engko ingat Malaysia je ada hispster café?
DAY 4.
Breakfast, singgah kat tepi laut selfie2 then gerak airport.
Alhamdulillah even ada tempat tak pergi kira well spent jugak la. Duit pun
cukup. Tapi aku suggest kalau korang kjaki shopping bawak le duit lebih sikit.
Sebab barang kat sana memang murah. Tak tipu. Ok bye.